fbpx

Cedera langgar kawat duri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawat duri di Jalan Tenglu Laut, Mersing yang dilanggar seorang lelaki ketika dipercayai cuba keluar kawasan PKPD malam semalam.

MERSING – Seorang lelaki yang disyaki cuba keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) cedera selepas motosikal ditunggangnya melanggar kawat duri dipasang di Jalan Tenglu Laut, di sini malam tadi.

Pegawai Daerah Mersing merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing, Mohd. Radzi Mohd. Amin berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu pada pukul 9.25 malam.

“Polis Mersing telah menerima maklumat tentang satu kejadian di mana seorang lelaki menaiki motosikal telah merempuh penghadang jalan dan kawat duri di Jalan Tenglu Laut, Mersing malam tadi.

“Mangsa merupakan lelaki berusia 27 tahun berasal dari salah sebuah kampung dalam kawasan PKPD menunggang motosikal seorang diri dipercayai cuba untuk keluar dari kawasan PKPD dengan melalui jalan yang telah ditutup oleh pihak berkuasa sebelum melanggar kawat duri penghadang jalan yang dipasang.

“Kemalangan mengakibatkan lelaki berkenaan mengalami luka pada badan dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya kes disiasat di bawah sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan akan di kompaun di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana keluar dari rumah atau kawasan PKPD tanpa alasan yang munasabah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI