fbpx

‘Buang’ tiga negeri kes Covid-19 turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan tiga negeri dibuang dalam peta Semanjung kes terus turun mendadak.

PETALING JAYA – Mungkin marah atau bengang kes Covid-19 harian tidak menunjukkan tanda penurunan, ada individu sanggup ‘mengubah’ peta Semenanjung Malaysia dengan membuang beberapa negeri bagi mengurangkan kes.

Aksi ‘lucu’ tersebut dipaparkan dalam sebuah video di laman sosial TitTok yang dimuat naik individu dikenali sebagai @alin7006 sebelum ia tular di media sosial.

Menerusi klip video berdurasi 13 saat itu, antara negeri yang telah ‘dibuang’ dalam peta itu adalah Selangor, Kuala Lumpur dan daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Ini kerana ketiga-tiga kawasan ini adalah penyumbang terbesar kes positif Covid-19 ketika ini.

Selepas ‘dibuang’ ketiga-tiga kawasan itu, kelihatan angka kes positif terus merudum ke bawah paras 2,745 kes sehari.

Susulan video itu, orang ramai amat menyokong langkah ‘membuang’ tiga kawasan itu buat sementara waktu dalam peta Semenanjung.

“Kalau betul kes dah kurang macam ini minggu depan dah boleh minta cuti, kemas barang dan balik kampung,” kata seorang pengguna dikenali sebagai @Muhammad79.

Pada masa sama, mereka yakin jika kerajaan membuat sesuatu seperti perintah berkurung sepenuhnya di ketiga-tiga negeri itu, pasti angka positif akan turun dengan mendadak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI