fbpx

Bantuan BPR tambahan dibayar hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PUTRAJAYA – Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada penerima golongan B40 akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan berkenaan akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah, sejuta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

“Pembayaran ini akan disalurkan dengan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing mulai hari ini hingga Jumaat ini.

“Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion mengambil kira pembayaran Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan.

Beliau berkata, jangkaan pembayaran Fasa 3 pada September depan pula dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion.

“Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh kerajaan bagi pelaksanaan BPR yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI