fbpx

Belajar IT melalui kelas maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHD. AQMAL (berdiri dua dari kiri) turut dibantu oleh rakan-rakan dalam membangunkan platform Clazzy.my untuk memudahkan pembelajaran IT kepada orang ramai yang berminat mempelajarinya.

PADA masa kini dengan perkembangan pesat teknologi digital di serata dunia membolehkan urusan untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan lebih mudah dan selesa jika dibandingkan sedekad lalu.

Dengan hanya duduk di rumah, seseorang individu boleh mengikuti kelas secara online bagi mendapatkan sesuatu yang dihajati termasuk menambah pengetahuan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan kerjaya mereka.

Menyedari tidak banyak pengajaran secara online yang menawarkan kursus secara langsung berkaitan teknologi maklumat (IT) pada harga mampu milik, mendorong Muhd. Aqmal Afiq Adnan untuk mengasaskan platform Clazzy.my.

Muhd. Aqmal menjelaskan, dunia IT itu sangat luas dan platform Clazzy.my membantu seseorang menerokanya dengan menawarkan kursus coding (pengekodan) serta bidang berkaitan teknologi lain.

“Kami menawarkan kelas coding yang amat diperlukan dalam industri pengaturcaraan dan juga kelas kemahiran teknologi lain. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran umum dalam pelbagai perkara.

“Sesiapa sahaja boleh menyertai kelas walaupun tidak mempunyai asas dalam bidang IT. Ini kerana, kursus yang kami tawarkan ini bermula daripada peringkat yang paling asas,” katanya.

KURSUS berkaitan IT diadakan secara langsung secara dalam talian bagi memudahkan pelajar berkomunikasi dengan pengajar bagi sebarang kemusykilan.

Platform Clazzy.my dapat memudahkan orang ramai meneroka dan menambah kemahiran dalam bidang berkaitan IT.

Sehingga kini, platform itu telah menerima kehadiran lebih 200 pelajar yang menyertai kelas berkaitan coding dan teknologi.

Jelas Muhd. Aqmal, kelas yang ditawarkan sangat praktikal dan sesuai untuk individu berkerjaya, graduan dan pelajar universiti tanpa mengira bidang pengajian mereka.

Katanya, mereka yang berminat boleh menyertainya secara maya ke kelas secara langsung yang diadakan secara berkala setiap minggu.

“Kami menyediakan tenaga pengajar berpengalaman dalam industri berkaitan.

“Kelas yang diatur menggunakan laman web kami yang disatukan dengan platform Zoom Application,” katanya lagi.

Tambahnya, biarpun pembelajaran diadakan secara langsung, pelajar yang tidak berkesempatan masih boleh mengikutinya pada bila-bila masa.

Ini kerana, pihak Clazzy.my membuat rakaman sesi pembelajaran itu untuk rujukan.

Bagaimanapun, Muhd. Aqmal berkata, pelajar disarankan mengikuti kelas secara langsung kerana boleh berkomunikasi terus dengan pengajar jika tidak memahami sesuatu perkara.


MUHD. AQMAL menunjukkan platform Clazzy.my yang boleh diakses melalui telefon pintar.

Dalam pada itu, Clazzy.my juga turut memastikan pelajar mendapat pembelajaran coding yang relevan dan terkini meliputi teknologi kecerdasan buatan (AI), analisis data, keselamatan siber dan lain-lain.

Setiap minggu pelbagai topik baharu dibincangkan demi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam bidang IT.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhd. Aqmal menjelaskan, melalui platform Clazzy.my, semua orang boleh belajar coding daripada perkara asas sehingga mahir.

“Kursus coding mudah untuk dipelajari. Mereka boleh belajar daripada menulis satu baris kod sehingga dapat membangunkan aplikasi atau laman web sendiri.

“Tenaga pengajar berpengalaman akan mengajar cara yang mudah dan terbaik untuk menulis kod dan pelbagai kemahiran teknologi,” jelasnya.
Sebagai contoh, untuk kelas pembangunan laman web, pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada asas pembangunan web iaitu HTML, CSS, JS, PHP sehinggalah kepada tahap lebih tinggi seperti kerangka nodeJS, ReactJS dan lain-lain.

Bagi kelas pengaturcaraan pula, pelajar diberi pembelajaran asas kepada Python, Java, Algoritma dan sebagainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI