fbpx

4 kawasan PKPD di Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi beberapa kawasan di Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan bermula 2 hingga 15 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kawasan yang dilaksanakan PKPD ialah Taman Public, Kota Kinabalu, Sabah dan Kampung Pangkal Jetas, Machang, Kelantan.

“Sementara itu bagi kawasan di Negeri Sembilan pula di Penjara Jelebu (kecuali bagi Blok Muhasabah yang menempatkan tahanan PTP), serta Kuarters Kakitangan, Jelebu.

“Pelaksanaan PKPD di semua kawasan terbabit bermula 2 hingga 15 Julai depan bagi mengelakkan penularan ke dalam komuniti bersebelahan serta memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan aktiviti mengesan kontak rapat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan tentang pelanjutan PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah susulan masih terdapat penularan Covid-19 di lokaliti tersebut.

“Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan PKPD di kawasan tersebut yang dijadualkan tamat pada 1 Julai (esok), namun dalam tempoh itu, sebanyak 89 kes positif telah diterima selepas KKM melakukan 935 ujian saringan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Landung Ayang bermula 2 hingga 15 Julai ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI