fbpx

Vaksin Pfizer, Moderna beri perlindungan seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

WASHINGTON – Satu kajian baharu mendapati bahawa vaksin Covid-19 Pfizer dan Moderna mampu memberikan perlindungan seumur hidup kepada mereka yang pernah dijangkiti wabak tersebut, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Menurut pasukan penyelidik  Universiti Washington, suntikan vaksin jenis mRNA itu  merangsang tindak balas imunisasi   yang dapat melindungi seseorang sehingga bertahun-tahun.

Mereka berkata, sel-sel yang mempunyai memori  terhadap virus Covid-19 ditemui pada  tulang sumsum manusia   lapan bulan selepas seseorang dijangkiti.

Selepas menyaksikan kajian  lain menunjukkan sel tersebut menjadi lebih kuat dalam tempoh  12 bulan selepas jangkitan, pasukan penyelidik itu merumuskan bahawa kekebalan terhadap koronavirus adalah untuk  seumur hidup jika bekas pesakit Covid-19  menerima vaksin Pfizer atau Moderna.

Ahli imunologi, Dr. Ali Ellebedy yang mengetuai kajian itu bagaimanapun tidak dapat membuat kesimpulan sama bagi mereka yang tidak pernah dijangkiti Covid-19.

Kajian itu merangkumi 41 mangsa Covid-19 yang telah divaksinasi sepenuhnya dengan Pfizer atau Moderna.

“Ini petanda  baik bahawa daya tahan melawan penyakit dapat bertahan begitu  lama selepas mendapat suntikan vaksin ini,” kata Ellebedy.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature itu bagaimanapun tidak memasukkan data tentang vaksin lain termasuk AstraZeneca.

Kajian ini dibuat susulan penyelidikan baharu mencadangkan campuran dos vaksin AstraZeneca dan Pfizer menghasilkan tindak balas imunisasi  yang tinggi terhadap koronavirus.

Kajian Com-COV yang dijalankan oleh University of Oxford,London mendapati tindakan menggunakan Pfizer diikuti oleh AstraZeneca atau sebaliknya akan menyebabkan kepekatan antibodi yang tinggi apabila dos diberikan selang empat minggu.

Ia juga menunjukkan bahawa mereka yang mendapat dua suntikan vaksin keluaran Oxford itu menghasilkan antibodi lebih tinggi jika diberi penggalak berbeza.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa lebih banyak antibodi tidak membawa maksud lebih banyak perlindungan yang diperoleh terhadap virus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI