fbpx

Vaksin jadi syarat Vardhan Puri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARDHAN PURI

AKTOR Vardhan Puri meletakkan beberapa syarat kepada pihak produksi sekiranya mahu diambil kembali bekerja di set penggambaran.

Seboleh-bolehnya, Vardhan hanya mahu kembali bekerja selepas mendapat suntikan penuh vaksin Covid-19, namun dia tidak boleh menunggu terlalu lama kerana terdapat dua buah projek filem yang harus diselesaikan.

Oleh yang demikian, pihak pengurusannya telah menyatakan beberapa syarat kepada produksi bagi memastikan jaminan keselamatan dan kesihatan pelakon itu.

“Saya boleh kembali bekerja tetapi dengan beberapa syarat keselamatan. Jurusolek artis, pendandan rambut, penolong pengarah dan seluruh kru produksi perlu memakai dua lapis topeng pelitup muka semasa bekerja.

“Sentiasa memakai pelindung muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan amalkan penjarakan fizikal,” ujarnya.

Aktor Yeh Saali Aashiqui itu juga mahu bekerja dalam kumpulan yang kecil ketika berada di set penggambaran.

“Hanya pelakon dan pengarah sahaja yang dibenarkan berada di set. Mereka yang tidak bekerja tidak dibenarkan untuk berada di set penggambaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI