fbpx

Semangat Liridon tidak pernah padam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARAPAN skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsa pada Ogos dan September belum dapat dilakukan susulan ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan.

BINTANG naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi percaya masa depan skuad kebangsaan amat cerah kerana memiliki barisan pemain yang berkebolehan untuk meraih kejayaan di pentas antarabangsa.

Liridon, 29, turut meluahkan rasa syukur kepada para penyokong Harimau Malaya yang sentiasa memberikan sokongan kepada dirinya selepas membuat debut bersama Malaysia pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

“Saya mengimpikan peluang untuk mewakili negara indah ini sejak tiba di sini. Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk turun beraksi bersama rakan-rakan sepasukan.

“Malangnya keputusan tidak memihak kepada kita, tetapi saya percaya dengan kebolehan kumpulan pemain ini dan pihak pengurusan untuk membawa kita me­langkah ke peringkat lebih tinggi.

“Saya tidak sabar untuk melihat masa depan (Harimau Malaya). Terima kasih kerana soko­ngan anda akan membuatkan saya lebih kuat,” kata Liridon yang memuat naik kenyataan dalam laman Instagram miliknya.

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim itu menjadi kecaman hebat para penyokong susulan prestasi mengecewakan dipamerkannya sepanjang tiga aksi kelayakan di bumi Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Pastinya bekas bintang Kedah itu memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan serta membentuk persefahaman mantap bersama skuad Harimau Malaya sebelum berupaya menunjukkan kemampuan sebenarnya.

Liridon berpeluang menambat semula hati para penyokong jika menampilkan prestasi lebih berkualiti membantu Harimau Malaya pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 dijangka bermula Februari tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI