fbpx

Pesara guru hampa Musang King dibeli RM140 buruk dan berulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salehudin menunjukan sebiji durian jenis Musang King yang dibelinya buruk dan berulat.

RAUB – Seorang pesara guru hampa selepas durian Musang King yang dibeli di sebuah pusat jualan dan pengumpulan durian di Sungai Klau di sini untuk dimakan bersama keluarga buruk dan berulat.

Salehudin Mat Rasad, 61, berkata, daripada dua biji durian yang dibeli dengan harga RM140 itu, hanya sebiji yang boleh dimakan, manakala sebiji lagi buruk serta berulat.

“Semasa membeli saya ada nampak kesan lubang pada kulit durian itu, tetapi penjual menyatakan isi durian elok dan saya yakin dengan jaminan diberinya.

“Namun apabila membuka untuk dimakan bersama isteri dan anak-anak, saya terkejut kerana satu biji durian buruk dan berulat, kami hampa kerana baru hendak merasa durian musim ini, tetapi lain pula jadinya,”katanya di sini hari ini.

Salehudin terkejut apabila mendapati durian Musang King dibelinya busuk dan berkulat.

Menurut Salehudin, dia sememangnya tidak menyangka durian yang berharga agak mahal berkenaan buruk pada semua bahagian.

Katanya, dia sememangnya tidak berpuas hati dan berhasrat meminta ganti rugi daripada peniaga terbabit atau diganti durian yang baharu.

“Saya tidak pasti sama ada boleh atau tidak ditukar dengan buah yang elok, tetapi saya berhasrat membawa buah berkenaan kepada penjual dalam masa terdekat,”ujarnya.

Sementara itu Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Raub, Rozma Ab. Rahman berkata, meskipun tidak menerima aduan daripada pengadu pihaknya memandang serius setiap aduan daripada pengguna.

Ujarnya, pihak KPDNKK akan membuat pemeriksaan mengenai perkara itu termasuklah melakukan pertemuan dengan peniaga terbabit dalam masa terdekat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI