fbpx

Persatuan pengguna minta operasi kilang dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) meminta kerajaan menghentikan serta merta operasi kilang kecuali yang memperoses makanan.

Presidennya, Che Hassan Che Johan berkata, ia langkah terbaik membedung penularan jangkitan Covid-19 yang masih belum mengalami penurunan seperti diharapkan.

“Kes bunuh diri semakin hari semakin meningkat, perniagaan kecil hampir 80 peratus terkubur dan ramai jadi penganggur terutama dalam sektor pelancongan.

“Rakyat sudah penat berkurung dan ramai mengalami masalah mental,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Che Hassan berkata, beliau yakin kes jangkitan Covid-19 di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor berpunca daripada pekerja asing dalam sektor perkilangan.

Justeru, katanya, kerajaan perlu bertindak segera sebagai langkah jangka masa panjang kerana rakyat tidak mampu untuk bertahan lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI