fbpx

Nasib bantu Belgium terus mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELGIUM meneruskan kemaraan ke saingan suku akhir selepas berjaya menundukkan Portugal 1-0 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

SEVILLE – Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez meng­akui aksi menentang Portugal awal pagi semalam adalah aksi yang paling sukar dihadapi dan bernasib baik kerana mara ke suku akhir selepas meraih kemenangan 1-0.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium La Cartuja itu, Belgium mendapat gol tunggal perlawanan menerusi rembatan menarik Thorgan Hazard sebelum mereka dipaksa bertahan apabila Portugal melancarkan variasi serangan untuk menyamakan kedudukan.

“Ia bukanlah mengenai seberapa bagus kami bermain tetapi bagaimana kami mampu untuk mengadaptasi serangan dan tekanan hebat yang diberikan oleh Portugal yang semua orang nampak mahu memenangi perlawanan ini.

“Cara mereka bermain me­nunjukkan bahawa mereka adalah penyandang juara dan juara Liga Negara-Negara Eropah. Mereka sangat berpengalaman dan tahu cara untuk mengambil kesempatan.

“Saya berpuas hati dengan barisan pemain pertahanan yang memberikan tumpuan penuh serta bertahan dengan mantap selain kami juga menjaringkan satu gol yang saya fikir cukup baik.

“Separuh masa kedua, momentum menjadi milik Portugal tetapi kami masih berjaya mengekalkan mentaliti. Semua­nya mengenai disiplin pemain di padang, mereka tidak hilang tumpuan dan melakukan tugas masing-masing.

“Setiap kali kami berjaya mematahkan serang Portugal, setiap kali itu saya berasa puas. Inilah yang diperlukan oleh sebuah pasukan yang mahu menjadi juara. Kami telah menunjukkan beberapa eleman lain yang kami ada pada aksi kali ini,” katanya.

Aksi suku akhir nanti me­nyaksikan Belgium berdepan satu lagi halangan sukar menentang Itali.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI