fbpx

Moratorium merupakan kehendak rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemberian moratorium oleh bank-bank seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan kehendak golongan yang terjejas dengan Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bermatlamat membantu aliran tunai bagi mereka yang terkesan terutamanya golongan B40, M40 dan T20.

“Jadi masa kita turun padang, inilah yang mereka mahukan iaitu pertolongan. Kita cakap dengan bank-bank agar tolong semua tidak kira sama ada yang terkesan atau tidak.

“Jadikan proses itu lebih mudah, yang mana mereka hanya perlu buat permohonan dan kelulusan akan diberika secara automatik,” katanya Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, moratorium ditawarkan kali ini juga sama seperti yang terdahulu iaitu ia tidak bebas faedah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI