fbpx

Kombinasi vaksin AstraZeneca dan Pfizer beri perlindungan lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gabungan vaksin AstraZeneca dan Pfizer mampu menghasilkan lebih banyak antibodi berbanding dua dos biasa AstraZeneca. – MailOnline

LONDON – Satu kajian mendapati gabungan vaksin AstraZeneca dan Pfizer mampu memberikan perlindungan lebih baik dalam bagi melawan jangkitan Covid-19, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Kajian yang disokong kerajaan Britain itu turut mendapati individu yang menerima vaksin Pfizer sebagai suntikan kedua selepas dos AstraZeneca menghasilkan antibodi sembilan kali lebih banyak berbanding sekiranya menerima satu jenis vaksin sahaja.

Menerusi kajian terhadap 830 sukarelawan berumur 50 tahun ke atas itu, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang menerima dua dos vaksin Pfizer, dua dos AstraZeneca dan kombinasi antara kedua-duanya.

Dos kedua diberikan secara berselang empat minggu dengan semua kombinasi menunjukkan tindak balas yang baik.

Hasil kajian mendapati, pemberian vaksin AstraZeneca diikuti dengan Pfizer mampu menghasilkan kadar antibodi lebih tinggi berbanding turutan sebaliknya.

Antibodi dan sel T yang merupakan sel darah putih memainkan peranan penting dalam melindungi diri daripada Covid-19.

Kombinasi dua vaksin tersebut turut menghasilkan lebih banyak antibodi berbanding dua dos vaksin AstraZeneca.

Menurut Ketua Penyelidik kajian tersebut, Profesor Matthew Snape, beliau tidak mencadangkan bahawa lebih baik untuk menggabungkan dua vaksin tersebut kerana bimbang melambatkan kempen vaksinasi yang sedang berjalan.

“Pemberian satu jenis vaksin, sama ada Pfizer atau AstraZeneca ternyata berkesan untuk melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 serta varian Delta.

“Jadi, adalah lebih baik untuk kerajaan Britain kekal kepada vaksinasi standard yang dilaksanakan pada ketika ini kerana ia terbukti berkesan dalam kes sebenar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI