BIARPUN sudah beberapa kali bergandingan sebagai hero dan heroin, aktres Kareena Kapoor tetap berasakan aktor Salman Khan bukanlah seorang pelakon yang baik.
Kareena bahkan mengkritik lakonan Salman sebagai teruk dan mengakui tidak selesa dengan sikap pelakon itu.
Menerusi satu wawancara baru-baru ini, Kareena tanpa berselindung mengakui dia bukanlah peminat Salman.
“Aku tidak sukakan dia (Salman) Dia seorang pelakon yang teruk,” ujar Kareena.
Isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu sebaliknya mengakui hanya mengagumi dua orang aktor iaitu Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan.
“Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan adalah dua pelakon lelaki yang paling saya kagumi. Jangan tanya kenapa sebab kalau saya bercerita memang tidak akan berhenti,” jelasnya.
Untuk rekod, Kareena dan Salman pernah beberapa kali digandingkan menerusi beberapa buah naskhah besar, antaranya Bhajrangi Bhaijaan (2015), Bodyguard (2011), Main Aur Mes Khanna (2009) dan Kyon Ki (2005).