fbpx

Impian separuh akhir Rachel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RACHEL Arnold (kanan) menyuarakan keyakinan untuk melangkah lebih jauh pada kejohanan Squash On Fire, Washington, AS semalam.

SELEPAS memastikan tempat ke pusingan kedua kejohanan Squash On Fire di Washington, Amerika Syarikat (AS), pemain wanita negara, Rachel Arnold kini menjadikan pentas separuh akhir sebagai sasaran seterusnya.

Pada aksi pusingan pertama semalam, pemain berusia 25 tahun itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Wen Li Lai menerusi kemenangan straight set 11-3, 16-14, 11-6.

Justeru, Rachel mungkin berdepan aksi sukar apabila dijadualkan menentang pemain tuan rumah yang juga pilihan ketiga kejohanan, Olivia Fiechter pada pusingan kedua hari ini.

Bagaimanapun, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 ­Filipina itu menyuarakan keyakinan untuk melangkah lebih jauh meskipun sedar perlu melepasi halangan sukar pada kejohanan tersebut.

“Saya akui memang berkeyakinan tinggi ketika ini meman­dangkan semasa di Kuala Lumpur pun, saya dapat menjalani latihan. Oleh itu, saya percaya boleh menampilkan aksi sebenar pada kejohanan ini.

“Walaupun sudah lama tidak bermain secara kompetitif, namun saya tetap meletakkan sasaran untuk mara ke separuh akhir. Sekarang saya sudah pun meloloskan diri ke pusingan kedua,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, biarpun sedar dengan cabaran pemain-pemain lain, namun pemain kelahiran Kuala Lumpur itu tidak mempedulikan situasi tersebut, sebaliknya hanya mahu fokus terhadap aksi sendiri.

“Tidak dinafikan cabaran di sini sangat sukar dan saya mungkin berdepan saingan cukup sengit. Bagaimanapun, jika saya fokus sepenuhnya, tidak mustahil untuk saya mara lebih jauh kali ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI