fbpx

Guru Besar maut terbabit kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan SUV, Subaru XV dinaiki Mohd. Zuki dan ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 25, Jalan Paka - AMBS, Dungun hari ini.

DUNGUN – Tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV), Subaru XV dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 25, Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 3.10 petang itu mengorbankan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ketengah Jaya 2, Mohd. Zuki Yusof, 44, dan isterinya, Nur Farraheeda Ali Khan, 41, yang merupakan kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang cedera parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar AMBS, Zul Husni Abdul Rahman berkata, anak perempuan kedua pasangan itu, Nasyreen Umayra, 10, pula meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya dekat sini pada pukul 6.20 petang.

“Seorang lagi anak pasangan itu, Damia Irdina, 13, pula cedera parah dan telah dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Dungun di sini untuk menerima rawatan.

“Sewaktu kejadian, mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Bakti, AMBS dari arah Paka dekat sini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Zul Husni berkata, SUV dinaiki Mohd. Zuki dan ahli keluarganya dikatakan hilang kawalan sewaktu tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas lalu merempuh sebuah bas yang berada di laluan bertentangan.

Tambah beliau, kemalangan yang menyebabkan empat beranak itu tersepit di dalam kenderaan mereka yang remuk teruk tersebut berlaku di laluan berselekoh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI