fbpx

Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian besar rumah enam sekeluarga hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Kelaboran, Tumpat malam tadi.- Foto IHSAN JBPM

TUMPAT – Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Kelaboran di sini hangus terbakar dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, keenam-enam ahli keluarga yang berusia antara 20 hingga 50 tahun sempat menyelamatkan diri apabila mereka semua masih belum tidur.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, kejadian disedari salah seorang ahli keluarga yang sedang memasak di dapur sebelum terhidu bau asap dari arah sebuah bilik.

“Kesemua ahli keluarga itu terus keluar menyelamatkan diri sebelum api merebak ke seluruh bahagian rumah tersebut.

“Seramai 15 anggota bomba terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.50 malam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Wan Baijuri, bomba berjaya mengawal kebakaran dan operasi tamat pukul 12.38 malam tadi.

Katanya, kejadian itu menyebabkan keenam-enam ahli keluarga itu tinggal sehelai sepinggang dan bomba sedang menyiasat punca kejadian serta jumlah kerugian yang dialami mangsa.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI