fbpx

Dulu penyanyi jalanan, kini jual mi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Ebby menunjukkan mi tekang jualannya di Kampung Bukit Kuang, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Pelaksanaan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa seorang penyanyi jalanan atau busker menukar haluan menjadi peniaga makanan demi sesuap nasi.

Wan Ahmad Faieyzal Wan Mohd., 39, berkata, larangan membuat persembahan nya­n­yian di kedai-kedai makan membuatnya hampir terduduk ekoran tiada sumber pendapatan, manakala duit simpanan pula terus menyusut.

“Saya mencari makan sebagai busker sejak bertahun-tahun terutama di sekitar daerah ini dan Dungun tetapi akhirnya memilih untuk berniaga menu resipi sendiri yang diberi nama mi tekang.

“Sebenarnya sebelum menjadi busker, saya pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan. Saya gilap semula bakat lama yang ‘sudah berkarat’ untuk mencari rezeki pada pandemik Covid-19 ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Bukit Kuang di sini semalam.

Wan Ahmad Faieyzal yang lebih dikenali sebagai Nur Ebby berkata, mi tekang seakan-akan mi goreng basah tetapi rasanya lebih masam.

Ujar lulusan Diploma Multimedia dan Animasi daripada Kolej Cosmopoint tersebut, mi tekang dijual dengan tiga pilihan iaitu ayam, udang galah dan istimewa iaitu gabungan udang dan telur mata kerbau yang berharga antara RM5 hingga RM12.

“Alhamdulillah maklum balas dan sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan.

“Buat masa ini sepanjang tempoh PKP penuh, pesanan dihantar rumah pelanggan sekitar daerah ini menggunakan khidmat penghantar makanan,” jelasnya yang masih busker di Facebook.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI