fbpx

Czech mara bergaya ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Republik Czech meraikan kejayaan pasukan melangkah ke suku akhir Euro 2020 sambil pemain Belanda kelihatan kecewa selepas tewas 0-2 pada aksi pusingan 16 terbaik di Puskas Arena, Budapest awal pagi semalam. – AFP

BUDAPEST – Ketua jurulatih Republik Czech, Jaroslav Silhavy menegaskan, kerjasama sebagai satu pasukan menjadi faktor utama kejayaan mereka menewaskan Belanda 2-0 pada aksi pu­singan 16 pasukan terbaik, Euro 2020 di Puskas Arena awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Tomas Holes dan Patrik Schick berjaya memastikan Czech melangkah ke pusingan suku akhir dengan menyingkirkan Belanda yang dianggap sebagai salah sebuah pasukan pilihan pada kempen kali ini.

Kata Silhavy, beliau memang menjangkakan aksi sukar pada perlawanan itu, namun semangat juang yang ditunjukkan barisan pemainnya nyata mengatasi kemampuan pemain-pemain bintang Belanda.

“Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata mengenai pe­rasaan saya ketika ini. Ketika wisel penamat ditiup, saya se­olah-olah tidak percaya kami sudah melangkah ke suku akhir.

“Belanda sebuah pasukan yang sangat kuat tetapi kami berjaya hadapi mereka dengan baik. Mungkin serangan kami kadang-kadang kurang bermaya, namun kerjasama satu pasukan bawa tuah untuk kami,” katanya.

Sementara itu, beliau juga memuji aksi yang ditampilkan Holes dan penjaga gol, Tomas Vaclik apabila menunjukkan prestasi cukup cemerlang hingga membawa Czech ke pusingan lapan pasukan terbaik Eropah.

“Setiap perlawanan pasti ada pemain-pemain yang menunjukkan prestasi memberangsangkan. Kali ini, Holes dan Vaclik menjadi wira pasukan dengan menyingkirkan Belanda,” ujar­nya.

Menerusi kemenangan itu, Czech menempah pertemuan suku akhir menentang Denmark yang dijadualkan berlangsung di Stadium Olimpik Baku, Azerbaijan Ahad nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI