fbpx

Bantuan tak bermakna, Seniman gesa penggiat seni dibenarkan bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKP yang berlanjutan membuatkans semua aktiviti penggambaran terpaksa dihentikan sejak hampir sebulan lalu.

PETALING JAYA – Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa agar industri kreatif dibenarkan untuk beroperasi semula demi kelangsungan hidup warga kerja industri kreatif.

Menerusi satu kenyataan kepada media hari ini, Seniman berkata, industri kreatif sudah tidak mampu lagi bertahan dan akan lumpuh sekiranya mereka tidak dibenarkan beroperasi pada Julai ini.

“Untuk pengetahuan pihak kerajaan, industri kreatif sudah tidak mampu lagi bertahan sekiranya kami tidak dibenarkan beroperasi dalam Julai 2021.

“Segala peruntukan yang diberikan kerajaan dalam pakej-pakej sebelum ini tidak bermakna sekiranya kami masih tidak dibenarkan beroperasi,” kata Seniman dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu menyebut, berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PNN), industri kreatif akan kembali beroperasi pada fasa ketiga nanti setelah kes-kes jangkitan Covid-19 berkurangan bawah nilai ambang 500 kes sehari.

“Warga kerja industri kreatif yang amat terkesan memandangkan 90 peratus daripada kami merupakan pekerja yang bekerja berdasarkan projek (job basis),” katanya.

Seniman juga berkata, pihaknya sedia mematuhi segala garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diguna pakai ketika PKP 2.0 tanpa sebarang masalah jika dibenarkan untuk beroperasi.

Bahkan industri kreatif juga tidak pernah mencetuskan kluster-kluster yang melibatkan penggambaran setakat hari ini ekoran penggiat seni sentiasa patuh kepada SOP serta garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Pada masa sama, Seniman turut menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berhubung pemberian Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) dengan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk industri seni dan kreatif negara.

Pihak Seniman juga berterima kasih atas keprihatinan kerajaan mendengar rintihan golongan anak seni yang amat terkesan dalam tempoh PNN.

Sehubungan itu, Seniman akan memantau pelaksanaan agihan peruntukan RM100 juta yang diumumkan Perdana Menteri untuk penggiat seni tanah air supaya bantuan itu sampai kepada mereka yang memerlukan, secara tidak langsung dapat meringankan beban penggiat seni yang masih tidak dibenarkan beroperasi sehingga hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI