fbpx

Anak Beckham beli banglo RM43 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brooklyn dan Nicola bertunang tahun lepas selepas bercinta hampir setahun. - Instagram

BEVERLY HILLS – Selebriti dan model terkenal, Brooklyn Beckham dilaporkan membeli sebuah rumah agam berharga £7.5 juta (RM43 juta) sebagai kediaman  pertama bersama tunangnya , Nicola Peltz di Beverly Hills, California, lapor akhbar The Sun, semalam.

Banglo yang terletak di kawasan perumahan mewah di  California itu memiliki lima bilik tidur dan lengkap dengan bilik yoga, gimnasium, sauna di samping pemandangan yang menakjubkan.

Ternyata pasangan muda itu  tidak berdepan masalah dengan harga rumah tersebut, malah mereka dilaporkan membayar  AS$1 juta (RM4 juta) berbanding  berbanding harga  pasaran.

Rumah agam milik anak sulung Beckham, Brooklyn bersama tunangnya di Beverly Hills. – Anthony Barcelo

Anak sulung legenda bola sepak England, David Beckham dan bekas anggota kumpulan Spice Girls,  Victoria Posh itu dianggarkan mempunyai kekayaan sekitar £335 juta (RM1.926 bilion).

Sementara itu, ayah Peltz yang merupakan pelabur dan ahli perniagaan tersohor, Nelson Peltz, mempunyai aset berjumlah  AS$1.3bilion (RM5.3 bilion).

Kediaman itu dilaporkan terletak berdekatan dengan rumah keluarga Brooklyn ketika Beckham bermain untuk pasukan bola sepak LA Galaxy.

Ejen harta tanah tempatan menggambarkan hartanah itu memiliki feng shui seimbang menurut kepercayaan masyarakat Cina. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI