fbpx

Ameng promosi Bliese Bourgenvilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sekitar tahun 90-an lagu berjudul Bourgenvilla dendangan Ameng Spring sangat popular dalam kalangan peminat muzik tanah air.

Kini selepas lebih 28 tahun Ameng Spring kembali mempo­pularkan Bourgenvilla, namun dalam bentuk produk wangi­an, ‘Bliese Wooden Cap’.

Ameng Spring atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail berkata, beliau kini mempromosi produk wangian edisi khas keluaran Bliese (M) Sdn. Bhd. (Bliese).

“Saya berterima kasih kepada Bliese kerana menjemput saya untuk terlibat dalam penghasilan produk ‘Bliese Wooden Cap Edisi Khas’ iaitu Bourgenvilla.

“Sedikit sebanyak usaha ini dapat membantu menjana ekonomi ketika pandemik. Ia memberi peluang baharu untuk mencari rezeki dan menambah pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Bliese berkata, syarikat itu menghargai bakat yang ada pada Ameng Spring.

Menurutnya, Bliese mengetahui tentang penglibatan Ameng Spring dalam konsert maya ­dengan jualan tiket RM1 di media sosial.

Justeru, syarikat berkenaan bersepakat membantu penyanyi itu untuk menjana pendapatan sampingan di musim pandemik.

“Orang ramai diseru menyokong perjuangan Ameng Spring dengan membeli ‘Bliese Wooden Cap Edisi Khas Bourgenvilla’ pada harga RM 10 yang mula dilancarkan hari ini melalui pengedar Bliese yang sah,” kata kenyataan itu.

Tambah Bliese, orang ramai yang berminat untuk menjana pendapatan turut ditawar menjadi stokis atau ejen Bliese.

“Untuk keterangan lanjut, sila layari laman Facebook Bliese HQ atau hantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp di talian ­016-913 8358,” kata Bliese.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI