fbpx

Alam Flora agih 1,100 Pek Prihatin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan membuat penyerahan simbolik Pek Prihatin kepada Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Datuk Dr. Param Jeeth Singh.

PETALING JAYA – Syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengedarkan kira-kira 1,100 Pek Prihatin kepada petugas barisan hadapan bermula hari ini sehingga 15 Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, Pek Prihatin itu diberi di beberapa lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Covid-19 Assessment Centre (CAC) dan Pusat Khidmat Gelandangan di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, pek-pek ini mengandungi set hidangan di dalam bekas makanan guna semula serta set sanitasi tangan dan lencana Alam Flora Prihatin.

“Barisan hadapan menghadapi kekangan mendapatkan serta membeli bekalan makanan ketika bertugas sehingga ada meminta ahli keluarga menghantar makanan yang mungkin berisiko,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zain berkata, Alam Flora seperti juga barisan hadapan lain sudah lebih setahun menghadapi pelbagai cabaran dan risiko dalam melaksanakan tugas.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak pernah sama sekali melunturkan semangat mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik.

“Sebagai menghargai mereka, ini sumbangan kami bagi memberi pengiktirafan atas pengorbanan tidak berbelah bahagi mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI