fbpx

2 anggota polis larikan peti besi dibebaskan dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman menunjukkan peti besi dan rampasan wang yang berjaya ditemui semula dalam sidang akhbar pada Sabtu lalu.

SUNGAI PETANI – Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terlibat melarikan peti besi mengandungi wang tunai kira-kira RM400,000 dari pejabat syarikat kurier pada Rabu lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seorang lagi anggota polis berpangkat sarjan masih ditahan bersama tujuh lagi suspek lain untuk membantu siasatan.

“Pihak kita telah menemui semula 92 peratus wang tunai yang dilarikan kumpulan itu. Wang ditemui di rumah dan di dalam kereta suspek,” katanya  selepas menyertai pemeriksaan ke atas kilang-kilang di sini hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, pihaknya kemungkinan akan memohon supaya tempoh tahanan reman sembilan suspek itu yang berakhir pada Khamis ini disambung untuk melengkapkan siasatan.

Kosmo! pada kelmarin melaporkan enam individu termasuk tiga anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai kira-kira RM400,000 dari pejabat syarikat kurier pada Rabu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI