fbpx

107 kes kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 kembali pada angka tiga digit dengan 107 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian terkini sebanyak 5,108 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka kes aktif juga terus meningkat kepada 62,844 kes termasuk 905 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 455 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 6,437 kes baharu dilaporkan dengan 14 kes adalah kes import, manakala jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 745,703 kes.

“Kes sembuh pula sebanyak 5,298 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 677,751 kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI