fbpx

Tiga sekeluarga ditahan proses, jual ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaid menunjukkan dadah jenis ganja bernilai RM54,000 yang dirampas selepas tiga beranak warga Singapura ditahan dalam serbuan di sebuah rumah banglo di Semenyih, Kajang pada Jumaat lepas di sini, hari ini. - Foto: FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

KAJANG – Polis menahan tiga sekeluarga disyaki memproses dan menjual dadah jenis ganja dalam satu serbuan di sebuah rumah banglo di Semenyih di sini pada Jumaat lepas.

Hasil daripada risikan dan maklumat orang awam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melakukan serbuan di rumah berkenaan pada pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kesemua suspek ditahan berusia antara 18 hingga 58 tahun.

“Hasil daripada siasatan mendapati, kesemua suspek merupakan warga Singapura yang berselindung dengan menjual minyak wangi.

“Mereka dipercayai membeli benih di sebuah laman web yang berpangkalan di luar negara, kemudian ditanam dan diproses untuk dipasarkan bagi pasaran antarabangsa dan juga tempatan secara online, “katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kegiatan tersebut telah beroperasi selama empat bulan sejak Februari lalu.

Tambahnya, hasil daripada serbuan, pihak polis berjaya merampas kesemua hasil rampasan bernilai RM84,000.

“Pihak polis merampas lapan batang pokok ganja serta 23 buah botol kaca berisi daun kering disyaki daun ganja.

“Turut dirampas pelbagai peralatan untuk menanam dan mengawal suhu pokok ganja tersebut serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil daripada ujian saringan air kencing, seorang suspek didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) dan kes disiasat di bawah 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kesemua suspek direman selama lima hari bermula Sabtu lepas hingga Rabu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI