fbpx

‘Rockers’ dalang sindiket terbesar pemalsuan dokumen tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ebahagian dokumen yang dirampas Jabatan Imigresen dalam operasi khas di ibu negara, Jumaat lalu ketika mengadakan sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Foto Subkhi Sudarji

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) berjaya membongkar rangkaian sindiket terbesar pemalsuan pelbagai dokumen kerajaan didalangi oleh lelaki warganegara Myanmar berusia 38 tahun dalam satu operasi khas yang dijalankan di ibu negara Jumaat lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya menemui pelbagai dokumen palsu termasuk pasport Myanmar, sijil perkahwinan, pelekat pas lawatan kerja sementara (PLKS) serta pelbagai peralatan memproses dokumen palsu dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Bandar Tasik Selatan.

Beliau berkata, turut dirampas wang tunai bernilai RM15,300, sebuah kereta jenis Honda dan sebuah motosikal jenis Yamaha milik suspek.

“Suspek dikenali sebagai Rockers masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial jangka panjang dalam sektor perkhidmatan sebelum berkahwin dengan wanita warga tempatan berusia 30 tahun.

“Dia mula menjalankan aktiviti pemalsuan dokumen sejak tiga tahun lalu dan dipercayai mampu mengaut keuntungan sebanyak RM18,000 sebulan hasil jualan dokumen terbabit ,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI