fbpx

Peruntuk RM15j tangani isu sosial termasuk tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu menangani isu sosial di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejak negara dilanda pandemik Covid-19, banyak masalah sosial telah dilaporkan.

“Antaranya termasuklah masalah tekanan mental dan emosi. Kerajaan akan memperluaskan sokongan psikososial melalui saluran seperti Talian Kasih.

“Sebagai tambahan, kerajaan juga bersetuju untuk memperuntukkan RM15 juta kepada badan-badan NGO dalam membantu kerajaan menangani isu-isu sosial seperti kesihatan mental, gelandangan dan masalah sosial lain di peringkat komuniti,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI