fbpx

RM100 juta untuk penggiat seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bagi mengurangkan beban semua penggiat industri seni, kerajaan memperuntukkan RM100 juta merangkumi kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan ini akan dapat dimanfaatkan kira-kira 8,000 pemain industri ini meliputi golongan karyawan, artis, pemuzik, pelakon, penggiat teater, penulis dan krew produksi.

“Peruntukan ini antaranya meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya dan program peningkatan kemahiran.

“Selain itu, ia turut merangkumi caruman perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta perolehan produk bagi tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI