fbpx

Rakan masih menyenangi Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE masih belum meledak sebarang gol dalam tiga aksi peringkat kumpulan selain dia juga dikecam kerana kurang mencipta peluang buat rakan sepasukan. – AFP

BUCHAREST – Tonggak pertahanan Perancis, Presnel Kimpembe tampil mempertahankan bintang utama pasukan itu, Kylian Mbappe yang dikritik hebat dan didakwa terlalu ego serta mementingkan diri sendiri pada kempen Euro 2020.

Mbappe, 22, gagal meledak gol atau mencipta sebarang umpanan jaringan bersama Les Blues dalam tiga aksi menentang Jerman, Hungary dan Portugal meskipun mereka berjaya mara ke pusingan 16 terbaik sebagai juara Kumpulan F.

Penyerang sensasi Paris Saint-Germain itu sudah mengharungi empat perlawanan antarabangsa tanpa sebarang gol, malah turut gagal mencipta banyak peluang buat rakan-rakan sepasukannya sepanjang Euro ketika ini.

Bagaimanapun, Kimpembe percaya Mbappe hanya me­nunggu masa untuk menggegar gawang dan kembali menjaringkan gol terutama apabila bertemu Switzerland pada pusingan 16 terbaik di Arena Nasional awal pagi esok.

“Perjalanan kami masih jauh dalam kejohanan ini dan menjaringkan gol bukanlah masalah utama buat Mbappe.

“Walaupun tidak menjaringkan gol tetapi dia memainkan peranan penting bersama pasukan ini dengan mencipta beberapa peluang buat kami.

“Gaya permainan menye­rangnya juga amat penting dan dia turut turun membantu posisi-posisi lain. Apa yang paling penting adalah keputusan pasukan,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps tentunya pening kepala untuk me­rencana strategi terbaik bertemu Switzerland selepas pasukannya dilanda krisis kecederaan.

Les Blues yang sudah kehila­ngan Ousmane Dembele, Lucas Hernandez dan Lucas Digne berkemungkinan besar tidak dapat menurunkan dua lagi pemain, Thomas Lemar serta Marcus Thuram yang cedera ketika sesi latihan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI