fbpx

Penganjur TdF buru peminat jadi punca kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 25 pelumba disahkan mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam insiden pelanggaran ekoran sikap teruja seorang peminat yang memasuki laluan perlumbaan menyebabkan dia dilanggar oleh pelumba. – AFP

LANDERNEAU, Perancis – Penganjur perlumbaan berbasikal Tour de France (TdF) kini sedang mengesan individu yang menjadi punca kepada insiden kemalangan beramai-ramai pada perlumbaan pembukaan tersebut kelmarin.

Timbalan pengarah perlumbaan TdF, Pierre-Yves Thouault mendedahkan pihak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu berkenaan yang mencemari insiden kemala­ngan berbahaya tersebut.

Ketika 45 kilometer sebelum melintasi garisan penamat peringkat pertama dari Brest menuju ke Landerneau, seorang penonton dilihat teruja meme­gang sepanduk semata-mata ingin dirakam di siaran televisyen sebelum dilanggar pelumba Jerman, Tony Martin yang gagal mengelak dan terjatuh.

Insiden tersebut meng­akibatkan para pelumba lain turut terjatuh beramai-ramai hingga menyebabkan perlumbaan tersebut terhenti seketika dan sekurang-kurangnya 25 pelumba disahkan mengalami kecederaan dan ada yang terpaksa menarik diri.

“Kami akan mengambil tindakan undang-udang dan termasuk saman ke atas wanita berkenaan yang berkelakuan sangat teruk.

“Kami bertindak sedemikian agar dijadikan iktibar kepada segelintir pihak di luar sana supaya tidak mengulangi insiden berbahaya seperti ini,” kata Thouault dalam satu kenyataan.

Pelumba Perancis, Julian Alaphilippe (Deceuninck-Quickstep) yang turut terjatuh, bangkit meraih jersi kuning pertama di TdF dengan memenangi peringkat pertama perlumbaan tersebut.

Pelumba Australia, Michael Matthews (Team Bikeexchange) menduduki tempat kedua selepas ketinggalan 12 saat manakala pelumba Slovenia, Primoz Roglic (Jumbo Visma) menduduki tempat ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI