fbpx

PDRM soal puas hati atau tidak penguatkuasaan kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta pandangan orang ramai berhubung operasi penguatkuasaan secara menyeluruh terhadap kilang dan premis perniagaan bagi mengekang penularan Covid-19 di negara ini.

PDRM melalui hantaran di laman Facebook rasminya menyoal sama ada rakyat Malaysia berpuas hati dengan peningkatan penguatkuasaan ke atas kilang dan premis yang didapati terlalu banyak melanggar arahan kerajaan dan operasi standard (SOP) yang telah diwartakan.

Tangkap layar hantaran PDRM yang meminta maklum balas orang ramai

“Puas hati atau perlu dipertingkatkan lagi. Kongsikan pandangan anda di ruangan komen,” tulis pengendali akaun media sosial PDRM dalam hantaran tersebut hari ini.

Hantaran itu diakhiri dengan tanda pagar tinggal di rumah, kekal selamat, doa untuk Malaysia dan mari bantu barisan hadapan memutuskan rantaian Covid-19.

Kebanyakan netizen berpendapat tindakan penguatkuasaan kilang perlu dipertingkatkan di samping ramai juga yang mahu operasi kilang ditutup sepenuhnya dalam tempoh 14 hari agar usaha yang telah dijalankan tidak menjadi sia-sia.

“Perlu dipertingkatkan lagi. Kilang dan tapak binaan sepatutnya tutup sepenuhnya selama 14 hari. Kami rakyat bawahan sangat terkesan dan terumbang ambing hidup demi sesuap nasi,” ujar Wan Rixz.

“Minta tolong tutup buat sementara. Menang bersama, berkorban bersama,” kata Mohd Fathi.

“Setakat penguatkuasaan saja tidak akan menyelesaikan masalah. Setiap kilang yang beroperasi dengan lebih 50 orang perlu jalankan ujian calitan setiap dua minggu,” ujar Siva Kumar.

“Masalah utama di asrama pekerja yang berhimpit-himpit dan tidak patuh SOP. Mana-mana kilang yang dibenarkan dibuka perlu pantau 24 jam dan pantau juga kawasan tempat tinggal mereka,” kata Putera Janggut.

“Tutup semua kilang kecuali sektor makanan, sektor perubatan dah industri minyak. Jika takut mahu tutup, tutup saja kilang yang berada dalam zon merah,” tulis Sri Darren.

“Kilang buka = kes masih empat angka = PKP = masyarakat merana. Lepas itu tanya puas hati atau tidak. Tepuk kepala tanya akal. Jangan tanya selera tauke-tauke kilang. Mereka memang hendak makan sampai kenyang,” ulas seorang netizen.

“Puas hati. Perketatkan lagi supaya fasa dua dapat berjalan lancar. Kita nak hidup normal. Kita nak bantu diri sendiri. Kita nak perayaan. Kita nak menang. Terima kasih PDRM, Kementerian Kesihatan (KKM) dan kita semua,” kata Jade Cheng.

“Setelah 27 hari majoriti rakyat Malaysia duduk rumah diam-diam. Tetapi kes masih pada paras 5,000. Rasanya PDRM lebih tahu punca masalahnya. Sekian saya sokong PDRM,” ujar Alan Ng. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI