fbpx

MPAJ keluarkan 111 kompaun tutup 40 premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (dua dari kiri) ketika memeriksa dokumen kebenaran beroperasi ketika memantau Sektor Pengurusan Strata di Kondominium Kampung Warisan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan 111 kompaun, menutup 40 premis dan 66 tindakan sitaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijalankan dengan operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan dengan kerap bagi membendung penularan Covid-19.

Setiausaha MPAJ, Johari Atli berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan mengejut melibatkan kawasan pemajuan berstrata di bawah MPAJ termasuk kondominium dan kawasan perumahan persendirian.

“Kerja-kerja pengubahsuaian rumah atau bangunan dan urusan pindah masuk rumah tidak dibenarkan bagi mencegah penularan wabak selain kehadiran pelawat turut dilarang melainkan terdapat kebenaran khas.

“Kami juga ingin memastikan kawasan rekreasi ditutup sepenuhnya dan pejabat JMB beroperasi dengan kapasiti terhad kepada 60 peratus kehadiran,” katanya selepas operasi pemeriksaan di Kondominium Kampung Warisan, Jalan Jelatek di sini hari ini.

Beliau berkata, sejak 17 Jun lalu, pihaknya telah memeriksa 17 skim pemajuan berstrata bagi memberi peringatan kepada pihak JMB untuk mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Tambahnya, sebanyak 1,017 semakan turut dilakukan melibatkan aktiviti perniagaan, tapak pembinaan, taman awam dan rumah ibadat dan sebanyak 14 kompaun telah dikeluarkan kepada 13 perbadanan yang melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI