PETALING JAYA – Semua pemimjam dan inidividu sama ada daripada golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro akan diberikan moratorium enam bulan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peminjam hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
Beliau berkata, kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.
“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
“Saya harap inisiatif moratorium ini sedikit sebanyak dapat membantu semua individu dan peminjam PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung hari ini. -K! ONLINE