fbpx

Jual produk Arora Skincare tanpa modal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIRRA menunjukkan sebahagian daripada produk keluaran syarikat di pejabatnya baru-baru ini.

Platform PKS

PETALING JAYA – Dalam menghadapi ledakan dunia digital, e-dagang dan perniagaan secara online yang mengubah norma baharu seiring peralihan gaya hidup masyarakat, u­sahawan kini tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada perniagaan secara konvensional.

Jika masih berada di tahap lama, pastinya perniagaan akan ketinggalan dan asas pelanggan serta pasaran juga tidak berkembang, malah mungkin akan mencatat kerugian.

Menyedari perkembangan­ yang bergerak pantas itu, ­pengasas syarikat Rosierra Glo­bal Sdn. Bhd. (Rosierra Global), Shahirra Shahrul Azmawi memberanikan diri menyahut cabaran untuk melangkah lebih serius dalam perniagaan berasaskan online kerana sebelum ini dia le­bih cenderung kepada pengoperasian secara konvensional.

“Kami telah mula berniaga sejak tahun 2008 tetapi kejatuhan setahun sebelum itu membuatkan kami mula buka mata dan mengkaji serta mempelajari teknik perniagaan bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Perniagaan secara online menawarkan peluang yang besar buat kami dan berpegang kepada prinsip bahawa kami masih belum terlambat lagi untuk me­lakukan sesuatu, kami nekad untuk mengharungi cabarannya, meskipun pada awalnya sa­ngat sukar,” katanya dalam satu temu bual secara maya baru-baru ini.

Rosierra Global yang mula mengubah operasinya kepada online sejak tahun 2017 itu turut mendapat sentuhan daripada pengasas bersamanya, Mohd. Rashid Omar.

Sehingga kini, syarikat te­lah mengeluarkan empat produk iaitu D’Rora, produk khusus untuk membantu mengatasi masalah ketika hamil, Rev’rora, khusus untuk membantu ibu yang me­n­yusukan anak bagi mendapatkan susu yang lebih banyak dan berkualiti serta Levina Ladycaps difokuskan untuk meningkatkan kesihatan dalaman wanita.

Terbaharu ialah Arora Skincare yang diperkenalkan di pasaran pada suku kedua tahun ini, khusus untuk merawat kulit wajah dengan cepat menggunakan teknologi ampoule yang diformulasi untuk rutin harian serta produk pertama dikeluarkan di Malaysia.

Anak petani yang berasal dari Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam itu menerangkan, tercetusnya idea untuk mengeluarkan Arora Skincare adalah kerana beliau sendiri menghadapi masalah kulit wajah yang memaksa dirinya membeli booster ampoule daripada pasaran yang sangat bersesuaian pada kulit wajah untuk kembali sembuh.

Memandangkan harganya yang agak mahal, beliau mula berbincang dengan seorang doktor untuk menghasilkan produk sendiri pada harga mampu milik tetapi memiliki kelebihan untuk membantu mengatasi masalah kulit.

“Kajian dan pembangunan untuk menghasilkan Arora Skincare adalah selama enam bulan yang melibatkan tiga peringkat sehingga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan sebelum dilancarkan,” terang beliau.

Shahirra, 33, memberitahu, perniagaan yang diasaskan menggunakan modal dalaman tanpa membuat pinjaman daripada bank itu kini telah melangkah lebih berani untuk meluaskan pasaran di seluruh negara sekali gus mahu melonjakkan jualan untuk jangka masa panjang.

Menurutnya, jika sebelum ini, tiga produk jualan syarikat di­uruskan oleh ibu pejabat, pihaknya kini telah membuka peluang ekoran permintaan yang tinggi daripada masyarakat untuk menjadi ejen bagi menjana pendapatan menarik.

“Berkonsepkan berniaga tanpa modal, syarikat telah melabur kira-kira RM50,000 untuk membina sistem yang membolehkan usahawan mendaftar sebagai pengedar dan akan diberikan portal lengkap bagi mereka memantau jualan masing-masing tanpa perlu mengambil dan menyimpan stok barangan.

“Ini akan memudahkan pengedar kerana segala urusan pengeposan akan dilaksanakan oleh kakitangan di ibu pejabat. Sistem ini bertujuan untuk memastikan kualiti dan ketulenan produk sentiasa terjamin selain untuk mengelak daripada mengedarkan produk tiruan kepada pe­langgan,” jelasnya.

Sehingga kini, syarikat te­lah memiliki lebih daripada 70 pengedar dan ada dalam kala­ngan pengedarnya telah berjaya menjana pendapatan lima angka.

Bagi menggalakkan mereka terus bersemangat untuk mencapai sasaran syarikat, pihak­nya telah menawarkan ganjaran lumayan kepada mereka yang bermotivasi tinggi untuk terus mencapai sasaran jualan yang ditetapkan syarikat.

“Harapan syarikat agar dapat lebih ramai yang ingin berniaga untuk menjana pendapatan sampingan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hanya dari rumah,” ujarnya.

Shahirra yang memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan awam dan tidak pernah ‘makan gaji’ be­kerja di mana-mana syarikat swasta atau awam itu pernah mengalami pelbagai detik hitam dalam hidupnya setelah beberapa kali jatuh dalam dunia perniagaan.

Merasai pengalaman ibunya yang mengalami saat getir berniaga kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual pinggan ­mangkuk dan kain baju semasa beliau kecil jika dibanding dengan dirinya itu, membuatkan Shahirra sentiasa bersyukur dan merasakan diri­nya lebih bertuah mengoperasikan perniagaan dalam keadaan ekonomi yang semakin maju.

Wanita ini mahu berkongsi rezeki dengan usahawan baharu dan juga masyarakat yang terkesan ekoran pandemik Covid-19 sehingga terpaksa diberhentikan kerja, menganggur atau gaji bulanan dipotong majikan.

Melalui latihan dan bimbingan yang diberikan, beliau optimis lebih ramai usahawan baharu bergelar jutawan bakal muncul pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI