fbpx

Jenayah siber membimbangkan, perlu perhatian serius -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin berucap merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan & Pertahanan Siber 2021 (CYDES 2021) secara maya di Facebook Majlis Keselamatan Negara hari ini.

PUTRAJAYA – Jumlah jenayah siber di Malaysia menunjukkan peningkatan sejak tiga tahun lalu sekali gus membuktikan bahawa jenayah siber menjadi masalah yang memerlukan perhatian serius negara,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, jumlah jenayah siber yang dilaporkan pada tahun 2019 adalah sebanyak 11,875 kes membabitkan kerugian berjumlah RM498 juta.

Menurutnya, jumlah kes meningkat tahun lalu kepada 14,229 dengan jumlah kerugian RM413 juta manakala jumlah kes yang dilaporkan pada suku pertama tahun ini sebanyak 4,327 melibatkan kerugian RM77 juta.

“Walaupun jumlah kerugian berkaitan jenayah siber menurun dalam tempoh tiga tahun itu, fakta yang membimbangkan ialah jumlah kes terus meningkat,” katanya ketika berucap merasmikan
Persidangan dan Pameran Keselamatan & Pertahanan Siber 2021(CYDES 2021) secara maya di Facebook Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Muhyiddin berkata, jumlah kejadian siber pada tahun ini juga dijangka meningkat memandangkan pada suku pertama sahaja sebanyak 1,300 kejadian siber dilaporkan.

“Pada tahun 2019, jumlah kejadian siber yang dilaporkan sebanyak 3,787 kes manakala pada tahun lalu kejadian siber menunjukkan peningkatan 10 peratus kepada 4,194,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan bahawa Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membantunya dan diberi tanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan siber di negara ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI