fbpx

Jadi penyanyi kenalah pandai menyanyi – Ramlah Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLAH menamakan beberapa penyanyi yang dirasakan mampu bertahan lama.

PETALING JAYA – Tempoh 36 tahun berkecimpung dalam dunia seni suara sudah cukup membuatkan penyanyi berpengalaman, Ramlah Ram untuk tidak berasa tergugat dengan kehadiran penyanyi baharu.

Ramlah, 56, bagaimanapun memaklumkan, kalau sudah namanya penyanyi, mereka yang berkecimpung dalam nyanyian mestilah pandai menyanyi.

“Kita tak boleh sekat rezeki orang sama ada yang baharu mahupun yang lama. Semua itu ketentuan Ilahi. Bagaimanapun, secara peribadi, saya berpendapat, kalau dah namanya penyanyi, mestilah pandai menyanyi.

“Kalau nilai itu ada (pandai menyanyi) dan betul-betul berbakat, insya-Allah, rezeki dalam bidang ini akan berpanjangan,” katanya pada sesi bersama media bersempena single terbaharunya, Aku Ubatinya Lagi sebentar tadi.

Ditanya siapa penyanyi generasi sekarang yang dirasakannya berpotensi untuk terus diingati dalam tempoh panjang, pelantun lagu Kau Kunci Cintaku itu menyebut beberapa nama penyanyi seperti Ernie Zakri dan Aina Abdul.

“Kalau tengok sekarang, ramai penyanyi yang bagus macam Ernie Zakri, Aina Abdul.

“Syamel dan Hazama pun bagus. Orang yang vokal bagus, insya-Allah akan tahan lama dalam industri. Macam saya cakap tadi, penyanyi memang kena pandai menyanyi,” ujarnya lagi.

Bercakap tentang single baharunya, Aku Ubatinya Lagi merupakan sebuah karya berentak balada daripada Ramlah yang merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai dan susunan lagu oleh Sharon Paul.

Lagu berkenaan sudah berada di semua pelantar digital seperti Spotify, KKBOX dan YouTube sejak 25 Jun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI