PENYANYI Hyuk meluahkan rasa kesal terhadap sikap tidak bertanggungjawab individu yang gemar memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kecelakaan kepada orang lain.
Menerusi Instagramnya baru-baru ini, anggota kumpulan VIXX itu menulis pesanan ringkas tetapi cukup mendalam dan berbunyi tegas kepada golongan tersebut.
“Jangan minum dan memandu,” tulisnya.
Tindakan penyanyi itu dikatakan berkaitan dengan tragedi yang pernah dialaminya tahun lalu selepas sepupunya meninggal dunia akibat dirempuh pemandu bawah pengaruh alkohol yang melanggar lampu isyarat
Menurut keluarga si mati seperti dilaporkan media tempatan, pemandu tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bermula awal tahun ini.
“Walaupun bacaan alkohol dalam darahnya setinggi 0.124 dan membolehkan lesen memandunya digantung, tetapi mahkamah cuma menjatuhkan hukuman atas kesalahan melanggar lampu isyarat.
“Pihak pembela memohon tempoh hukuman penjara selama tujuh tahun tetapi mahkamah mengurangkannya kepada tiga tahun atas alasan tertuduh sudah menyesal dengan perbuatannya,” ujar keluarga si mati.