fbpx

HRPZ II sedang kesan dokumen kelahiran bayi tertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

KOTA BHARU – Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini sedang mencari dan mengenal pasti dokumen kelahiran tiga bayi perempuan yang didakwa tertukar di sebuah hospital di negeri ini kira-kira 20 tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Selasawati Ghazali berkata, setakat ini, beliau tidak mendapat maklumat mengenai hospital yang menjadi tempat kelahiran bayi tersebut kerana laporan media sebelum ini hanya menyatakan kejadian itu berlaku di salah sebuah hospital di Kota Bharu.

“Buat masa ini, kita masih cuba mendapatkan rekod kelahiran bayi yang didakwa tertukar itu memandangkan kejadian berlaku lebih 20 tahun lalu. Ia melibatkan banyak prosedur dan pelbagai pihak yang terlibat.

“Mungkin rekod kelahiran mereka masih tersimpan atau sebaliknya. Ini kerana, ada antara dokumen telah dilupuskan ekoran bencana banjir pada 2004 dan 2014,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir pada program sumbangan barangan perubatan yang disampaikan wakil Persatuan Buddist Tzu Chi Cawangan Kelantan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Tanjung Chat di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI