PETALING JAYA – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebak sebaik mendapat tahu Ebit Lew tiba di Gaza, Palestin dengan selamat.
Menurutnya dalam satu hantaran di Facebook, dia bersyukur dengan perkembangan terbaru tersebut setelah pelbagai ikhtiar diusahakan Wisma Putra serta Kedutaan Malaysia terutama di Mesir demi membantu Ebit.
Menurutnya, ia termasuklah menerusi lawatannya ke Mesir baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Ustaz dan pasukan jaga diri baik-baik. Apa-apa keperluan, maklum terus saya atau pihak Kedutaan.
“Kami doakan, semoga setiap hajat Ustaz demi kebaikan rakyat Palestin dimakbulkan Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan untuk semua,” katanya hari ini. – K! ONLINE