fbpx

Gergasi Belanda rebah dijentik Republik Czech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol Oranje, Maarten Stekelenburg gagal menyelamatkan bola sepakan Patrik Schick untuk gol kedua Republik Czech pada pusingan 16 terbaik, Euro 2020 di Puskas Arena, Budapest sebentar tadi. - AFP

BUDAPEST – Meskipun turun selaku pasukan bukan pilihan (underdog), namun Republik Czech melakukan kejutan apabila mara ke peringkat suku akhir Euro 2020 selepas berjaya menyingkirkan Belanda 2-0 di Puskas Arena sebentar tadi.

Republik Czech memanfaatkan kelebihan dengan menewaskan 10 pemain Belanda selepas pemain pertahanan skuad Oranje, Matthijs de Ligt dilayangkan kad merah pada babak kedua selepas dikesan sengaja menampan bola.

Pada awal permainan, skuad kendalian Belanda, Frank de Boer menguasai perlawanan tersebut apabila dilihat mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-13, namun cubaan Denzel Dumfries untuk mengatasi penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik gagal dilakukan.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Republik Czech terus mengasak benteng pertahanan Belanda dan hampir membuka jaringan pembukaan tetapi tandukan Thomas Soucek pada minit ke-21 sekadar melewati tiang gol.

Kedua-dua pasukan terus mengatur strategi dan menggandakan serangan, namun masih gagal untuk menjelmakan gol pembukaan. Keputusan 0-0 kekal pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, episod malang Belanda bermula apabila terpaksa meneruskan permainan dengan 10 orang apabila De Ligt dilayangkan kad merah pada minit ke-55.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain dimanfaatkan sepenuhnya oleh Republik Czech apabila mereka membuka jaringan pembukaan pada minit ke-68 menerusi tandukan Tomas Holes.

Patrick Schick terus memastikan kemenangan menjadi milik mereka apabila menjaringkan gol kedua Republik Czech selepas bijak menyudahkan hantaran Holes pada minit ke-80.

Belanda yang ketinggalan terus meningkatkan tempo permainan, namun percubaan skuad bimbingan De Boer serba tidak menjadi apabila dilihat sukar melepasi pertahanan Republik Czech dan akhirnya akur dengan kekalahan 2-0.

Kegagalan skuad The Oranje terus berlanjutan memandangkan sebelum ini mereka turut gagal layak ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI