fbpx

Fizo Omar tawar diri dipanggil jadi sukarelawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gembira apabila terlibat sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pelakon Fizo Omar tidak kisah menawarkan diri untuk dipanggil melakukan kerja amal tersebut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dengan senang hati menawarkan dirinya untuk dipanggil di mana-mana PPV sebagai sukarelawan.

“Mana-mana PPV yang nak panggil saya sebagai sukarelawan sepanjang PKP, boleh mesej menerusi Instagram (DM) atau hubungi pengurus saya,” katanya.

Ujar pelakon drama Pengantin Satu Malam itu juga memberitahu bahawa dia akan membantu apa yang sepatutnya sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Insya-Allah sepanjang PKP ini saya akan bantu apa yang patut supaya kita semua dapat vaksin secepat mungkin,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fizo turut mengajak pengikutnya dalam Instagram supaya turut sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban petugas barisan hadapan.

Dalam satu hantaran berbeza, Fizo turut berkongsi gambar ketika dia bersama bersama beberapa rakan artis lain seperti Nazim Othman, Amelia Henderson dan Puteri Aishah menjadi sukarelawan di PPV Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

“Kita memerlukan lebih ramai lagi sukarelawan terutamanya jururawat, pembantu perubatan, doktor untuk sama-sama turun membantu memudahkan urusan pemberian vaksin kepada orang ramai,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI