fbpx

ESSCOM senaraikan empat suspek baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senarai terbaru suspek yang dikehendaki.

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini menyenaraikan empat suspek baharu bagi senarai individu yang dikehendaki.

Mreka ialah Ellam Sajiran@Nasirin, Ismuran Jirah, Tista Hussein dan Ahadin Hussein.

ESSCOM turut mengeluarkan lima individu daripada senarai lama berikutan semua suspek terbabit sudah dineutralise oleh pihak keselamatan Filipina.

Lima individu itu adalah Apo Mike@Majan Sahidjuan, Raden Abuh, Long Sahirin, Japs Sawadjaan@Mujafar Sawadjaan dan Mundi Sawadjaan.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, senarai orang dikehendaki terbaharu itu dikemas kini selepas kejayaan operasi menghapuskan suspek di Beaufort, baru-baru ini.

“Semua penama yang disenaraikan adalah suspek yang mempunyai kaitan dalam jenayah rentas sempadan dan penculikan.

“Ini merupakan sebahagian kejayaan menghapuskan suspek lama hasil daripada operasi terdahulu di Beaufort.

“Kejayaan itu membawa kepada operasi ke atas Abu Sayaf Group Sub Leader, INJAM YADAH dan AL SAWADJAAN dan RAF,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI