PETALING JAYA – Kerajaan akan menyelaras kadar pembayaran elaun khas petugas barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) daripada RM200 kepada RM600.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, elaun tersebut melibatkan kira-kira 14,0000 petugas dan bayaran tersebut akan dibuat bermula Julai ini untuk tempoh selama enam bulan.
“Peruntukan ini merupakan pengiktirafan berterusan kepada jasa dan sumbangan petugas barisan hadapan kesihatan kita yang masih terus berjuang demi bangsa negara yang tercinta,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disiarkan secara langsung hari ini. -K!ONLINE