fbpx

Ebit Lew berjaya masuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar terkini yang dikongsi Ebit Lew di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Selepas lama tidak memuat naik status di media sosial, akhirnya pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan beliau dan kumpulannya telah berjaya memasuki Gaza, Palestin.

Menerusi hantaran terbaharu di laman Facebooknya hari ini, Ebit lew memberitahu, beliau berjaya memasuki negara terbabit dengan bantuan Tentera Mesir diringi kereta berperisai sepanjang perjalanan.

Menurutnya, Kedutaan Malaysia dan unit perisikan Tentera Mesir memaklumkan rombongannya adalah kumpulan pertama di dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.

“Terima kasih teramat sangat kepada (Menteri Luar) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dari mula membantu ‘team’ kami dan setiap hari kami bermesej.

“Datuk Seri (Hishammuddin) telefon Kementerian Luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya. Katanya, ustaz jaga team kita ye, walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin,” katanya di sini hari ini.

Ebit Lew turut berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu dan turut menyumbang bersama serta selalu bertanya khabar.

“Terima kasih Palestine Red Crescent Society, terima kasih Malaysian Red Crescent serta Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan,” ujarnya.

Pada masa sama, Ebit Lew turut berkongsi rasa gembira dan terharu apabila berjaya menjejakkan kaki di bumi Palestin serta disambut meriah oleh masyarakat di sana.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri, mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin dan kini dapat jejak kaki ke sini.

“Saya minta maaf tidak ‘update’ sebelum ini atas faktor keselamatan, terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent, Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin.

“Sepanjang masuk sempadan Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka, terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI