fbpx

Buang bangkai ayam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hahasrin (dua dari kiri) ketika meninjau anak sungai di Kampung Lipat Kajang, dekat sini.

KOTA TINGGI – Kira-kira 10 bungkusan besar berisi bangkai ayam ditemui terapung di sepanjang anak sungai di Kampung Lipat Kajang di sini disyaki perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti Hahasrin Hashim berkata, keadaan itu dipercayai bukan pertama kali berlaku sebaliknya telah berulang kali bahkan ada pihak yang telah dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut.

Katanya, pihaknya mahu tindakan tegas dikenakan ke atas pelaku agar perbuatan berkenaan tidak lagi terus berulang, lebih-lebih lagi sungai berkenaan mengalirkan air ke Sungai Johor yang menjadi punca air mentah penduduk.

“Saya meninjau sendiri sekitar anak sungai yang terletak di Kampung Lipat Kajang selepas menerima aduan berlaku pembuangan bangkai ayam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, ia disifatkan perbuatan khianat kerana bukan pertama kali berlaku.

“Kita dapati kira-kira 10 bungkusan besar yang berisi bangkai ayam terapung di sepanjang anak sungai dipercayai dibuang petang semalam. Kita khuatir situasi ini akan memberi risiko kepada kualiti air, persekitaran dan kesihatan awam.

“Oleh itu kita mohon siasatan lanjut dilakukan oleh pihak berkenaan dan mengenakan tindakan yang lebih keras ke atas pelaku agar perkara seperti ini tidak sewenang-wenangnya berulang,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika melakukan tinjauan di anak sungai berkenaan bersama Pegawai Veterinar Daerah, Khairi Suradi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI