fbpx

Berubah sikap sebelum hilang di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamid menunjukkan lokasi anaknya, Muhamad Shahril dipercayai terjatuh ke Sungai Kuala Pai, Kuala Nerang, dekat sini semalam.

KUALA NERANG – Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Pai di sini semalam didakwa berubah sikap dan murung kira-kira dua hari sebelum kejadian.

Mangsa, Muhamad Shahril Hamid, 30, dikatakan keluar dari rumah pada pukul 9 pagi semalam sebelum selipar dan motosikalnya ditemui di tebing sungai.

Bapa mangsa, Hamid Yaakob, 61, berkata, anaknya berubah sikap apabila didapati kurang bercakap dan makan.

“Dia nampak murung dan saya kemudian menghubungi abang iparnya untuk melihat keadaannya kerana risau jika terkena gangguan.

“Abang iparnya datang dan dia beritahu tiada apa-apa dan anak saya hanya diberi minum air penawar sebelum dia meminta maaf kepada semua ahli keluarga dan saudara,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Hamid berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu seorang yang pendiam, namun rajin menolongnya dan tidak pernah meluahkan sebarang masalah yang dihadapinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, operasi pencarian akan diteruskan sehingga pukul 7 malam ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI