fbpx

Beraninya Chomel, Jason pertama kali arahkan kucing jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN seekor kucing yang diberi nama Chomel menjadi penyelamat kepada huru-hara dalam keluarga Mimi, Nora dan bapa mereka lakonan Zahiril Adzim.

CHOMEL boleh disifatkan sebagai sebuah filem yang ‘berani’ kerana buat julung kalinya ada karyawan Malaysia mengangkat kisah persahabatan dan kasih sayang antara manusia dan kucing.

Filem yang memberi fokus tentang kehidupan seekor kucing di samping mengetengahkan elemen kekeluargaan tersebut sudah menemui menonton bermula 24 Jun menerusi Astro First.

Menariknya, filem Chomel pasti membuatkan penggemar kucing mahu pun tidak, ‘cair’ dengan gelagat dan aksi seekor kucing bernama Chomel.

Tambahan pula, filem tersebut dimantapkan dengan sentuhan kreatif pengarah dan pemenang anugerah Cerita Asal Terbaik filem Adiwiraku pada Anugerah Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29), Jason Chong.

Menurut Jason, dalam keadaan penuh pancaroba ketika ini, dia percaya sebuah naskah seperti Chomel bukan sahaja mampu mengukir senyuman di bibir, tetapi akan menyentuh hati penonton.

“Chomel mengetengahkan kisah seekor kucing dan seorang kanak-kanak yang melalui rasa kehilangan. Perjalanan cerita mereka ini bakal membuka hati kita agar bersyukur dan lebih menghargai keluarga tersayang.

JASON CHONG mencuba pelbagai idea kreatif sepanjang mengarahkan seekor kucing yang menjadi bintang dalam filem terbaharunya, Chomel.

“Filem ini juga amat nostalgik bagi saya kerana saya akan ingat sampai bila-bila bagaimana mencabarnya mengarahkan seekor kucing untuk berlakon.

“Bagi mendapat sudut menarik dan komposisi setiap babak berbeza, pelbagai idea kreatif dilakukan,” kata Jason.

Antara cabaran untuk mengarah seekor kucing apabila ingin mendapatkan babak haiwan tersebut berlari.

“Produksi telah menggunakan beg kesukaan kucing itu untuk menarik minatnya bergerak aktif.

“Saya harap filem ini akan menghiburkan anda semua di samping merapatkan lagi hubungan bersama insan tersayang,” jelasnya.

Naratif Chomel bermula apabila tuannya yang bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya sehingga menyebabkan keluarganya berpecah-belah.

ZAHIRIL ADZIM menghidupkan watak Imran, seorang lelaki yang kehilangan isteri.

Mimi kemudiannya tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyian, namun gagal.

Keadaan berubah apabila Mimi menjumpai Chomel. Mimi berasakan dia memperoleh satu peluang atau jalan untuk berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) yang menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora.

Bagaimanapun, kehadiran si Chomel memberikan harapan kepada Mimi untuk berjuang memperbaiki keadaan keluarganya.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah dan Aniq Suhair.

Kehadiran Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio Era, Zahier Yusoff menambahkan ‘kecomelan’ filem berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI