fbpx

Bantuan PEMULIH diumumkan PM 5 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan pengumuman khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.

Pengumuman bantuan bagi membantu golongan terkesan sepanjang Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara itu akan dibuat pada pukul 5 petang ini.

Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di saluran Radio Televisyen Malaysia dan Bernama sebagai media rasmi selain boleh ditonton di TV3, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Semalam media melaporkan kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjang Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin atau Selasa ini.

Bantuan menyeluruh itu dijangka memanfaatkan lebih 12 juta isi rumah termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), berpendapatan pertengahan (M40) dan T20. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI