fbpx

AS serang sasaran di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ketika letupan serangan udara di sempadan wilayah Iraq-Syria pada malam kelmarin. - RT

WASHINGTON –  Pentagon mengumumkan bahawa pihaknya melancarkan serangan udara di sempadan Iraq-Syria malam kelmarin selepas menerima arahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, lapor laman berita RT.com.

Jabatan Pertahanan berkata, serangan udara itu menyasarkan  ‘kemudahan militia disokong Iran’ yang didakwa digunakan untuk melancarkan serangan dron terhadap kakitangan AS.

“Serangan udara yang dilancarkan adalah atas arahan Biden sebagai tindakan  mempertahankan diri daripada kumpulan-kumpulan  militan yang disokong Iran di sempadan Iraq-Syria,” kata Setiausaha AKhbar Pentagon, John Kirby dalam satu kenyataan.

“Sasaran-sasaran itu  dipilih kerana ia  digunakan oleh militia disokong Iran dan untuk  melancarkan dron bagi menyerang kakitangan dan fasiliti AS di Iraq,” jelas Kirby.

Menurutnya, AS mengambil tindakan yang perlu, sesuai dan terancang bagi mengehadkan risiko dan skala  konfrontasi  selepas mengingatkan bahawa tentera AS berada di Iraq adalah di atas undangan Baghdad bagi membantu pasukan keselamatan Iraq  mengalahkan militan Daesh.

Seorang wartawan RT mengesahkan dia mendengar bunyi letupan yang datang dari sempadan Iraq-Syria. Dia juga memetik sumber keselamatan Iraq  berkata, letupan itu berlaku di wilayah Syria dekat kawasan perumahan awam.

Bagaimanapun, kenyataan  Pentagon  tidak menyebut sama ada serangan itu dilakukan di wilayah Iraq atau Syria.

Tidak seperti di Iraq, tentera AS tidak dialu-alukan Syria, sebaliknya  Damsyik menuntut tentera AS supaya meninggalkan wilayahnya dan menganggap kehadiran mereka di negara itu sebagai tidak sah.

Setakat ini, Pentagon belum membuat sebarang pengumuman tentang kemungkinan jumlah korban akibat serangan terbaharunya itu.

Sementara itu, agensi berita Syria, SANA melaporkan bahawa seorang kanak-kanak  terbunuh akibat serangan itu dengan tiga orang awam dilaporkan tercedera. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI